PERHATIAN:

Tutorial Tips Hias Blog ini adalah dari A-Z iaitu dari mula mendaftar akaun google sehinggalah membuat HEADER dan menghias BACKGROUND kerana mungkin ada di antara anda yang baru nak mula membuat blog tetapi tidak berapa faham keterangan yang diberi. Oleh itu saya akan cuba sedaya upaya menerangkan dengan semudah yang boleh dengan teknik langkah demi langkah dan menggunakan gambar. Semoga berjaya...
============================================

Sunday, November 18, 2012

LANGKAH 6C - MEMBUAT BACKGROUND - UPLOAD IMAGE NOT TILING

Dengan menggunakan cara ini, anda boleh mengubah latar belakang (background) blog anda dengan gambar (image) yang anda suka. Walau bagaimanapun bukan semua image boleh dibuat latar belakang. Ada 2 jenis image yang boleh dibuat latar belakang.

Pilihan 1. Image bersais besar yang tidak perlu dibuat TILE
Pilihan 2. Image yang bersais kecil yang perlu dibuat TILE agar dapat memenuhi background blog anda. Image inilah yang saya maksudkan bukan semua boleh dibuat background. Saya akan terangkan di tutorial Tiling image

* Maksud TILE/TILING ialah menyusun image seperti susunan mozek macam lantai rumah kita

Pilihan 1: Untuk menggunakan image besar sebagai background, anda perlu menukar sais image tersebut kepada sais fail yang dibenarkan oleh blogger iaitu tidak melebihi 300kb. Saya biasanya menggunakan sais 1600x960 pixels (full background) dengan image 200 kb. Lagi kecil sais fail image (kb) lagi baik kerana blog kita tidak berat apabila dibuka oleh pelayar internet (surfers) nanti . Ada banyak software percuma yang boleh digunakan untuk meng'edit gambar. Saya menggunakan software DrawPlus dari Serif. Anda boleh melihat contoh di blog saya menggunakan sais 1600x960 pivels di Jom singgah Terengganu.

1. Edit gambar yang anda mahu mengikut sais yang saya terangkan di atas dan save'kan dalam komputer anda.

2. Klik no 1 kemudian no 2




3. Klik no 1 kemudian no 2




4. Klik Uload image




5. Klik Choose File dan klik gambar yang anda nak upload'kan dan klik Open




5. Klik Done





6. Di bahagian Alignment Pilih kotak yang saya tandakan.




7. Di bahagian Tile klik Don't Tile





8. Di bahagian Scroll with page, kosongkan kotak tersebut




9. Contoh blog yang telah siap.
TIPS:  Jika anda ingin menggunakan gambar seperti yang saya gunakan di sini, saya cadangkan anda mengubah sais blog anda ke 860 pixels agar image background anda nampak lebih besar. Cara untuk menukar sais blog sila klik Langkah 5 - Menukar sais blog