Blog dikategorikan kepada 2 bahagian.
1. Blog Perniagaan (Commercial Blog)
2. Blog Persendirian (Personal Blog)
Untuk membina blog memang sangat mudah. Hanya perlu daftar dan kemudian bina blog mengikut template yang diberi. Dah siap. Kita pun email kepada kenalan yang kita ada blog. Kenalan kita pun lawat blog kita. Jika blog itu menarik mereka akan kata "blog yang menarik" atau "cantiknya blog ni" dan macam-macam komen positif lagi walaupun blog kita so so saja. Jika blog kita kurang menarik... bagaimana? Saya yakin tidak ada kenalan yang akan komen blog kita secara terbuka. Ini satu kerugian. Jika blog persendirian sekalipun, jika tidak menarik, tidak ramai orang akan berkunjung ke blok kita. Jika mereka singgah sekali pun, mungkin tidak lama kerana tiada tarikan pada wajah blog kita. Bagaimana pula jika blog perniagaan? Lagi la rugi... betul tak.
Pada masa sekarang blog perniagaan online kecil-kecilan tumbuh bak cendawan kerana seperti yang saya katakan sebelum ini, membina blog sangatlah mudah. Tetapi malangnya blog yang dibina ala-ala sahaja. Sedangkan tujuan kita membina blog adalah untuk menjual barangan kita tetapi mereka lupa bahawa blog itu sendiri adalah produk utama yang harus mereka jual... maksud saya daya tarikan utama ialah kecantikan wajah blog itu yang akan menarik minat pelanggan untuk melihat barang yang kita jual. Harus diingat, kita berniaga secara online... maknanya bukan mudah untuk menarik kepercayaan pelanggan untuk membeli barangan kita. Jika blog itu sudah nampak ala-ala saja dan tidak menarik sudah tentulah barang yang kita jual pun mereka fikir yang sama... ala-ala juga.