PERHATIAN:

Tutorial Tips Hias Blog ini adalah dari A-Z iaitu dari mula mendaftar akaun google sehinggalah membuat HEADER dan menghias BACKGROUND kerana mungkin ada di antara anda yang baru nak mula membuat blog tetapi tidak berapa faham keterangan yang diberi. Oleh itu saya akan cuba sedaya upaya menerangkan dengan semudah yang boleh dengan teknik langkah demi langkah dan menggunakan gambar. Semoga berjaya...
============================================

Tuesday, November 6, 2012

LANGKAH 6A - MEMBUAT BACKGROUND - FIXED BACKGROUND

Untuk membuat background adalah mudah sekali.  Ada 3 cara untuk membuat atau menukar background anda. 1. Dengan menggunakan background yang telah disediakan oleh blogger. 2. Dengan meng'upload background dari komputer anda. 3. Dengan menggunakan 3rd party host (menyimpan gambar secara online seperti Picasa web, Flicker, Photobucket dan banyak lagi).
Pada tutorial ini saya akan tunjukkan cara menukar background mengikut cara no. 1. Ada 2 jenis image template yang anda boleh gunakan di sini. 1. Image Fixed Background - Warna latar belakang tidak boleh diubah. 2. Transparent Image - Warna latar belakang yang boleh diubah.
Saya akan tunjukkan dahulu menggunakan cara no. 1.

1.   Klik no. 1 kemudian klik no.2




2.   Klik no. 1 kemudian no. 2




3.   Pilih kategori image yang anda mahu. Di sini saya memilih kategori Pattern dan memilih image yang saya tandakan no. 2  kemudian klik Done




4.   Klik no. 1 jika anda sudah berpuas hati dengan pilihan anda jika tidak anda boleh klik semula mengikut cara no. 2 di atas.
Untuk melihat rupa blog anda sepenuhnya sila klik no 2.




PERHATIAN:  Apabila kita memilih fixed background, hanya warna Header, Post dan  Blog archive sahaja yang berubah. Ketiga-tiga warna ini juga boleh diubah dengan cara yang akan saya tunjukkan di bawah





Untuk menukar warna Header Post dan Blog archive, sila klik no.1 untuk pilihan yang banyak warna atau no. 2 untuk warna yang dicadangkan oleh blogger.
PERHATIAN: Anda mestilah pandai menyesuaikan warna ketiga-tiga subjek ini dengan warna latar belakang kerana jika tidak blog anda akan kelihatan tidak menarik.  Sila buat latihan sendiri. 






Beginilah rupa blog anda setelah diubahsuai