PERHATIAN:

Tutorial Tips Hias Blog ini adalah dari A-Z iaitu dari mula mendaftar akaun google sehinggalah membuat HEADER dan menghias BACKGROUND kerana mungkin ada di antara anda yang baru nak mula membuat blog tetapi tidak berapa faham keterangan yang diberi. Oleh itu saya akan cuba sedaya upaya menerangkan dengan semudah yang boleh dengan teknik langkah demi langkah dan menggunakan gambar. Semoga berjaya...
============================================

Tuesday, November 13, 2012

LANGKAH 4 - MEMILIH LAYOUT

Anda boleh belajar berpandukan YOUTUBE video atau secara manual di bawah:




1.   Klik Layout. Di sini ada 8 Body layout dan 3 Footer layout semuanya. Lihat pada no. 2 A dan B yang saya tandakan. A ialah di mana post kita akan di paparkan (Main column) dan B ialah untuk gadget (Side bar column)

TIPS 1: PERHATIAN PILIH BETUL-BETUL LAYOUT MANA YANG ANDA INGINKAN. JIKA ANDA INGIN MENUKAR KE LAYOUT YANG LAIN PADA MASA AKAN DATANG SETELAH BLOG ANDA PENUH DENGAN POSTING DAN GADGET, IA AKAN MEMBERI BANYAK MASAALAH NANTI KECUALI ANDA TAHU CARANYA.

TIPS 2: Body layout mana yang anda pilih adalah bergantung pada panjang mana artikel yang anda post dan jumlah post yang anda paparkan pada blog anda. Jika post atau artikel anda panjang dan gambar yang anda masukkan juga banyak serta jumlah post yang lebih dari 3, saya cadangkan anda gunakan body layout 2 coloumn yang saya tandakan (2) kerana ia tidak berserabut di kiri dan kanan gadget. Lagi pun ia nampak simple dan mudah untuk surfers membaca blog kita di bahagian gadget begitulah sebaliknya jika artikel anda pendek dan anda hanya post 1 atau 2 artikel sahaja untuk paparan anda boleh menggunakan Body layout dengan gadget kiri dan kanan (3 coloumn). Berkenaan Footer layout pula terpulang pada anda bergantung pada gadget apa yang anda ingin masukkan. Jika sais gadget itu besar anda gunakan 2 petak sahaja.

Untuk blog Tips Hias Blog ini saya gunakan Body layout 2 coloumn (side bar sebelah kanan) dan Footer layout no. 2 (2 column footer)




2. Klik Apply to Blog