PERHATIAN:

Tutorial Tips Hias Blog ini adalah dari A-Z iaitu dari mula mendaftar akaun google sehinggalah membuat HEADER dan menghias BACKGROUND kerana mungkin ada di antara anda yang baru nak mula membuat blog tetapi tidak berapa faham keterangan yang diberi. Oleh itu saya akan cuba sedaya upaya menerangkan dengan semudah yang boleh dengan teknik langkah demi langkah dan menggunakan gambar. Semoga berjaya...
============================================

Wednesday, November 14, 2012

CARA MEMBUAT LINK MENGGUNAKAN TULISAN:

Membuat link ke tempat lain atau ke artikel anda sendiri di dalam blog dan sebagainya adalah sangat mudah. Lihat contoh di bawah:

1. Taip sepenuhnya artikel yang anda ingin post dan link

2. Highlightkan tulisan yang anda mahu link'kan, contohnya di sini saya highlightkan Jom singgah Terengganu...
PERHATIAN: Untuk membatalkan link tersebut, anda hanya perlu klik semula LINK tersebut di atas.

3. Klik menu LINK di atas sehingga kotak Edit Link dipamerkan. Lihat gambar di bawah:
          i. Pada no 1 taipkan tajuk yang anda inginkan
          ii. Pada no 2 taipkan alamat yang anda mahu link'kan
              PERHATIAN: Pastikan anda menaip alamat tersebut dengan betul dan sepenuhnya.
          iii. Pada no 3 anda boleh buat pilihan sama ada ingin link tersebut dibuka pada WINDOW
              yang baru atau dibuka pada blog anda sendiri. Saya memilih Open this link in a new
             window. Kemudian klik OK
          iv. Klik Publish di atas dan test jika ia berjaya.




Terengganu terletak di sebelah Pantai Timur Malaysia Barat. Terengganu terkenal dengan pantainya yang cantik dan menarik. Terengganu juga terkenal dengan pulau-pulaunya yang indah. Untuk mengetahui lebih lanjut lagi mengenai Negeri Terengganu, sila klik Jom singgah Terengganu...