PERHATIAN:

Tutorial Tips Hias Blog ini adalah dari A-Z iaitu dari mula mendaftar akaun google sehinggalah membuat HEADER dan menghias BACKGROUND kerana mungkin ada di antara anda yang baru nak mula membuat blog tetapi tidak berapa faham keterangan yang diberi. Oleh itu saya akan cuba sedaya upaya menerangkan dengan semudah yang boleh dengan teknik langkah demi langkah dan menggunakan gambar. Semoga berjaya...
============================================

Thursday, November 1, 2012

LANGKAH 5 - MENUKAR SAIS BLOG

Anda boleh belajar melaui video YOUTUBE ini atau secara manual di bawah:




1.   Klik Adjust widths




2.   Secara asalnya (default), apabila kita memilih Body layout 2 column sais blog akan akan menjadi 860 pixels dan sais column sidebar akan menjadi 260 pixels. Tukarkan sais Entire blog kepada 860 kerana pada saya inilah sais yang terbaik untuk 2 column. Jika anda menggunakan 3 c column, saya cadangkan anda menukar ke 930 pixels.

TIPS: Jika monitor anda bersais besar 21 inci hingga 24 inci anda akan melihat blog anda kecil di tengah-tengah. Tidak mengapa kerana pandangan itu untuk monitor yang bersais 21 inci dan ke atas sahaja kerana  pengguna di Malaysia sebenarnya ramai menggunakan monitor sais 17 inci dan 19 inci. Jadi blog anda akan kelihatan besar pada pengguna monitor 17 dan 19 inci. Apa yang perlu anda lakukan kepada pengguna 21 inici ke atas ialah mengecilkan resolusi monitor anda dari Control Panel sesuai dengan sais blog anda. 



3.