PERHATIAN:

Tutorial Tips Hias Blog ini adalah dari A-Z iaitu dari mula mendaftar akaun google sehinggalah membuat HEADER dan menghias BACKGROUND kerana mungkin ada di antara anda yang baru nak mula membuat blog tetapi tidak berapa faham keterangan yang diberi. Oleh itu saya akan cuba sedaya upaya menerangkan dengan semudah yang boleh dengan teknik langkah demi langkah dan menggunakan gambar. Semoga berjaya...
============================================

Saturday, November 17, 2012

LABELS ATAU ARCHIVE BLOGS

Apakah perbezaan Archive blog dengan Labels. Yang mana satu pilihan anda?

ARCHIVE BLOG ialah data yang terbina di bahagian sidebar melalui artikel yang anda post dengam menggunakan tajuk artikel dan tarikh sebagai paparan panduan. Jika banyak artikel yang anda poskan maka akan panjaglah Archive blog anda. Archive blog gadget ini terbina secara automatik apabila anda membina blog.

LABELS ialah tanda tajuk pos yang anda taipkan secara manual. Untuk menggunakan LABELS anda mestilah memasukkannya dengan menggunakan gadget.

Bagi saya pilihan yang terbaik ialah Labels sebab mudah dan simple dan mesra pengguna. Lihat perbezaannya di bawah. Di sebelah kiri ialah Labels dan di sebelah kanan ialah Archive blog. Lihat di sebelah kanan atas blog Tips Hias Blog saya, saya menggunakan labels.