PERHATIAN:
Tutorial Tips Hias Blog ini adalah dari A-Z iaitu dari mula mendaftar akaun google sehinggalah membuat HEADER dan menghias BACKGROUND kerana mungkin ada di antara anda yang baru nak mula membuat blog tetapi tidak berapa faham keterangan yang diberi. Oleh itu saya akan cuba sedaya upaya menerangkan dengan semudah yang boleh dengan teknik langkah demi langkah dan menggunakan gambar. Semoga berjaya...
============================================
Monday, December 3, 2012
CARA NAK EDIT BLOG SETTING - POST
Dalam tutorial Posts and comments ini saya hanya menerangkan penggunaan fungsi Post sahaja. Fungsi ini penting sebenarnya dan ramai yang tidak tahu penggunaannya. Fungsinya adalah untuk memaparkan berapa banyak post anda dipaparkan pada sutu-satu masa pada ruang post anda. Secara asalnya ialah 7. Sebenarnya ia bergantung atas panjang mana artikel yang anda tulis dan berapa banyak gambar yang anda post'kan. Di dalam blog saya, saya hanya memaparkan 1 post sahaja kerana saya banyak menggunakan gambar di dalam setiap posting saya. Bayangkan jika saya memaparkan 7 post sekali gus. Pembaca akan terpaksa scroll blog saya hingga jauh ke bawah. Bagi saya yang sesuai ialah 1,2 atau 3. Untuk mengubah jumlah post tersebut lihat caranya di bawah: