PERHATIAN:

Tutorial Tips Hias Blog ini adalah dari A-Z iaitu dari mula mendaftar akaun google sehinggalah membuat HEADER dan menghias BACKGROUND kerana mungkin ada di antara anda yang baru nak mula membuat blog tetapi tidak berapa faham keterangan yang diberi. Oleh itu saya akan cuba sedaya upaya menerangkan dengan semudah yang boleh dengan teknik langkah demi langkah dan menggunakan gambar. Semoga berjaya...
============================================

Monday, December 3, 2012

CARA NAK EDIT BLOG SETTING - BASIC

Fungsi blog setting ialah untuk meng'edit blog anda agar menjadi lemah kemas dan selamat dan sebagainya. Melalui blog setting ini juga and boleh menukar nama blog anda, keterangan mengenai blog anda dan sebagainya. Lihat keterangannya di bawah:


1. Klik Setting
2. Title: Untuk mengubah nama blog anda
3. Description: Taipkan keterangan mengenai blog anda
4. Privacy: Sama ada anda mahu blog anda tersenarai di dalam blogger dan juga di dalam enjin carian
5. Blog Address: Untuk menukar nama blog anda yang baru.
PERHATIAN: Tidak digalakkan untuk menukar nama blog baru anda kerana jika anda ada membuat  external link ke blog anda maka akan berlaku errror atau dipanggil broken link maknanya capaian ke link tersebut tidak boleh dibuka kecuali anda membetulkannya semula dengan membuat link yang baru menggunakan nama blog address anda yang baru.
6. Blog Readers: Jika anda menukar kepada Only blog authors naka blog anda tidak boleh dibaca oleh orang lain kecuali anda seorang sahaja. Jika anda klik Only these readers maka hanya pembaca yang anda benarkan sahaja membaca blog anda dengan menambah email pembaca tersebut.