PERHATIAN:

Tutorial Tips Hias Blog ini adalah dari A-Z iaitu dari mula mendaftar akaun google sehinggalah membuat HEADER dan menghias BACKGROUND kerana mungkin ada di antara anda yang baru nak mula membuat blog tetapi tidak berapa faham keterangan yang diberi. Oleh itu saya akan cuba sedaya upaya menerangkan dengan semudah yang boleh dengan teknik langkah demi langkah dan menggunakan gambar. Semoga berjaya...
============================================

Wednesday, November 14, 2012

LANGKAH 7 - TOPIK ADVANCE

Kita sudah mempelajari cara memilih template, memilih layout, mengedit sais blog dan membuat background.  Sebenarnya blog anda sudah siap dan sudah boleh disiarkan (publish) cuma kita perlu touch up sikit lagi supaya nampak lebih menarik. Topik akhir yang akan kita belajar kali ini ialah ADVANCE. Jika anda sudah mahir dengan kelima-lima topik ini nanti, saya yakin anda tiada masalah untuk pergi ke topik yang lebih advance lagi iaitu belajar mengedit dan menggunakan kod HTML. Walau bagaimanapun, di dalam topik ADVANCE ini saya hanya akan membicarakan dengan topik yang terpilih sahaja. Topik-topik yang lain sila buat latihan sendiri.

PERHATIAN 1: Jika anda tidak boleh mengubah apa-apa di topik advance ini, bermakna Template blog anda sudah bertukar kepada Dynamic Views. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menukar kembali Template blog anda kepada Simple seperti yang saya terangkan pada tutorial 3. MEMILIH TEMPLATE - no 4 tetapi apabila anda mengubah template ini, anda juga perlu mengubah semula LAYOUT dan ADJUST WIDTHS.

PERHATIAN 2: Jika anda silap atau tidak mahu perubahan yang anda lakukan, anda boleh kembali ke asalnya dengan mengklik Clear advanced changes to page text


1.   Klik ADVANCE




          i. PAGE TEXT - Page text ini ada dua bahagian . 1. Artikel terletak di atas blog post yang tidak berubah kedudukannya bila pembaca menukar ke topik yang lain. Kegunaannya biasanya ialalh untuk artikel PERHATIAN, AMARAN, PERINGATAN dan sebagainya. 2. Blog post di mana semua post dipamer di sini. Pada kedua-dua bahagian Page text ini, anda boleh mengubah warna, jenis dan sais font.




          ii. BACKGROUND - Untuk menukar warna latarbelakang dan Header. Sila buat latihan sendiri.




          iii. LINKS - Untuk menukar warna links, artikel yang pernah pembaca klik dan Hover (meletakkan cursor di atas tulisan



          iv. Blog Title (Header Font) - Untuk mengubah jenis,sais dan warna tulisan (font)




          v. Blog Description (keterangan blog) - Untuk mengubah warna tulisan keterangan blog

          vi. TABS - untuk menukar sais, jenis dan warna tulisan TABS dan juga untuk menukar warna tabs yang pernah pembaca klik.
PERHATIAN: Tab ini hanya terbina apabila anda membuat PAGES sahaja. Tutorial ini akan saya ajar pada topik akan datang.

          vii. Tabs Background - Untuk mengubah latar belakang warna TABS




          viii. Post Title - Untuk mengubah sais dan jenis font tajuk pos anda.

          ix. Date Header - Untuk mengubah warna dan latar belakang warna tarikh posting anda

          x. Post Footer - Untuk mengubah warna dan latar belakang warna footer anda (terletak di bahagian bawah posting)

          xi. GADGETS - Untuk mengubah sais, jenis dan warna tajuk gadets anda




xii. IMAGE - Untuk menukar warna latar belakang, border (kotak sempadan) dan text border




          xiii. ACCENTS - Untuk menukar warna garisan pemisah di antara sidebar dan juga menukar warna garisan TABs





          xiv. CSS - Untuk menukar FONTS, SAIS, WARNA, HEADER DAN LATAR BELAKANG BLOG dengan HTML kod. Topik ini akan diajar pada masa akan datang.